Anak nafi Morsi meninggal dalam penjara

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Anak bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi telah menafikan laporan mengenai kematian bapanya dipenjara.


"Presiden dalam keadaan baik dan dalam kesihatan yang sangat baik," kata Osama Morsi kepada Agensi Anadolu pada hari Isnin semalam.

Sebelum ini ada berita yang disiarkan di halaman Facebook keluarga Morsi yang mengatakan bekas Presiden itu telah meninggal dunia.

"Laporan ini sama sekali tidak berasas," kata Osama, sambil menambah bahawa laman Facebook tersebut yang telah "digodam."

"Sehingga kami dapat memulihkan laman tersebut, apa sahaja yang disiarkan tidak mewakili kami," katanya seperti yang dilaporkan worldbulletin.net.

Morsi, pemimpin pertama dipilih secara demokratik Mesir, digulingkan oleh tentera di pertengahan tahun 2013 - selepas hanya satu tahun menjadi presiden.

Beliau kini menghadapi perbicaraan atas beberapa tuduhan jenayah, termasuk pengintipan, dan "menyinggung perasaan badan kehakiman."

Morsi, seperti semua defendan lain, menegaskan bahawa semua tuduhan bermotifkan politik.

Share on Myspace