Bicara Harakah bincang perjuangan Tuan Guru esok

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Apakah kesudahan perjuangan yang dibawa oleh Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sepanjang hayat beliau terutamanya dalam PAS akan menjadi topik utama dalam Bicara Harakah Siri 4 pada 26 Februari (esok).

Bicara Harakah bertajuk 'Perginya Seorang Murabbi, Terhentikan Perjuangannya?' akan menampilkan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani (anak saudara Allahyarham) dan bekas pelakon, Abby Abadi sebagai ahli panel.

Forum selama dua jam akan dikendalikan oleh Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Riduan Mohamad Nor selaku moderator.

Forum yang dianjurkan Harakahdaily dengan kerjasama MyHarakah Bazaar adalah bertujuan untuk mengingati kembali segala perjuangan yang telah dilaksanakan Allahyarham Tuan Guru termasuk yang masih tertangguh.

Dengan forum itu diharapkan segala perjuangan yang diimpikan atau dihasratkan oleh Allahyarham Tuan Guru akan terus dilaksanakan oleh pendukung PAS yang ada sekarang terutama pembangunan Kerajaan PAS di Kelantan.

Program yang bermula jam 12 tengah hari hingga 2 petang itu bertempat di MyHarakah Bazaar, Hadapan Hospital Tawakal, Jalan Pahang.

MyHarakah Bazaar turut menyediakan cenderahati termasuk 30 peratus potongan harga pembelian buku-buku kepada mereka yang hadir pada program tersebut. - HARAKAHDAILY 25/2/2015

Share on Myspace