Rakaman: Mohd Sabu hanya beri kenyataan pada JK khas

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada beliau sekiranya diminta berbuat demikian.

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan akhbar berhubung isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain media perdana.

Berikut kenyataan ringkas beliau.

Berkenaan isu rakaman suara yang dimainkan dalam media-media sosial serta lain-lain media perdana, saya hanya akan memberi kenyataan kepada jawatankuasa khas (siasatan) yang dipengerusikan oleh Presiden PAS berkenaan segala tuduhan kepada saya, kerana ianya masalah dalaman parti, sekiranya diminta.

Berkenaan kedudukan saya dalam parti, saya serahkan kepada muktamar serta kebijaksanaan perwakilan.

Berkenaan tindakan saya keatas TV3, Utusan Malaysia serta lain-lain media saya serahkan kepada Peguam YB Hanipa Maidin. - HARAKAHDAILY 26/2/2015

Share on Myspace