Selangor buat persiapan awal elak catuan air

| .

KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor memberi jaminan tidak akan ada catuan air pada musim panas atau dikenali sebagai fenomena ekuinoks ketika ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) bagi membincangkan langkah alternatif menghadapi musim panas akan diadakan pada Khamis hadapan.

"Saya memanggil mesyuarat MTES pada minggu hadapan menumpukan satu agenda sahaja iaitu berikutan cuaca yang panas dan ada kemungkinan musim kemarau ini berpanjangan dan ada kaitan dengan cuaca global hari ini," katanya kepada Selangor Kini.

Beliau berkata, taklimat awal itu bagi membuat persiapan awal termasuk membekalkan air mentah ke loji rawatan Negeri Selangor dan juga membekalan air bersih yang akan disalurkan kepada pengguna.

“Saya tidak mahu masalah catuan (air) ini berulang seperti tahun lepas jadi kita akan membuat persiapan awal,” katanya lagi. - HARAKAHDAILY 27/2/2015

Share on Myspace