Umno BN berhempas pulas setelah '50-50' PRU 2008, 2013

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Umno sedang berusaha untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat supaya ia dapat terus memerintah apabila berjaya mendapatkan lebih banyak kerusi di Parlimen dengan melakukan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong berkata Malaysia sekarang mempunyai pertandingan ‘50-50’ antara dua gabungan pembangkang dan kerajaan setelah pilihan raya 2008 dan 2013.

Ini, ujarnya menyebabkan Umno dan Barisan Nasional berusaha berhempas-pulas untuk kembali mendapatkan kuasa penuh seperti ketika sebelum kedua-dua pilihan raya itu.

Beliau berkata, antara cara mereka nak dapatkan kuasa seperti dulu ialah dengan persempadanan semula kawasan pilihanraya.

“Ini agenda utama pimpinan Umno dan Suruhanjaya Pilihan Raya,” ujarnya dipetik Roketkini.

Namun, katanya usaha persempadanan semula ini memerlukan pindaan perlembagaan dengan majoriti dua pertiga justeru menyebabkan Barisan Nasional memulakan langkah memecah-belahkan Pakatan supaya mereka mendapat dua pertiga majoriti.

Menurutnya lagi, ini boleh dilakukan dengan mudah kerana mereka hanya memerlukan empat belas kerusi sahaja untuk tujuan itu.

Share on Myspace