Harga petrol, diesel bagi Mac naik 25 sen seliter

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan harga petrol dan diesel bagi bulan Mac naik 25 sen seliter mulai tengah malam ini.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, harga runcit baharu bagi petrol RON95 ditetapkan RM1.95 seliter, RON97 RM2.25 seliter dan diesel RM1.95 seliter.

Menurutnya, harga itu ditetapkan berdasarkan kepada purata harga kos produk sepanjang Februari 2015 dan kadar pertukaran mata wang.

Harga runcit petrol RON95 bagi Februari berbanding sebelumnya diturunkan 21 sen kepada RM1.70 seliter, RON97 diturunkan sebanyak 11 sen kepada RM2 seliter dan bagi diesel pula diturunkan sebanyak 23 sen seliter kepada RM1.70. - HARAKAHDAILY 28/2/2015

Share on Myspace