Erdogan kecam Austria semak semula status Muslim

HARAKAHDAILY | .

PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan mengecam keras negara Austria yang meluluskan rang undang-undang untuk menyemak semula status umat Muslim di negara Eropah, diptik laman Eramuslim.com.

"Di satu sisi anda memberitahu tentang integrasi masyarakat Kesatuan Eropah, tetapi di sisi lain anda mengambil langkah-langkah yang benar-benar menentang integrasi Kesatuan Eropah," kata Erdogan dikutip dari hurriyetdailynews, semalam (28 Feb) di Istanbul sebelum dirinya melakukan lawatan ke Arab Saudi.

Dengan diperbaharuinya undang-undang yang disusun gabungan Parti Demokrat Sosial dan Parti Rakyat itu pada Rabu (25 Feb), maka penganut agama Islam di negara itu kian dikekang kebebasan dalam melaksanakan agamanya dan hak asasi kemanusiaan.

Akta itu menetapkan tentang peruntukan yang memerlukan imam untuk boleh bercakap dalam bahasa Jerman, piawaian Al-Quran dalam bahasa Jerman dan melarang masyarakat Islam menerima dana asing.

Sebetulnya, Islam telah menjadi agama rasmi di Austria sejak tahun 1912. Undang-undang yang mengatur berkaitan Islam di Austria dikenali dengan nama Islam Gesetz yang diperkenalkan oleh maharaja terakhir Austria, Franz Josef, selepas Empayar Austro-Hungarian dianeksasi Bosnia-Herzegovina. Namun sekarang kehidupan umat Islam di negara itu kian ditindas dan dikekang. 

Share on Myspace