Selamat: Ibu harap Sirul terus berada di Australia

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Piah Samad, 74, mengharapkan agar anaknya koperal Sirul Azhar Umar terus berada di Australia kerana ia lebih selamat.

Beliau ketika ditemubual di Lapangan Terbang Antarabangsa Sydney berkata agar pertemuan dengan anaknya berjalan dengan baik.

Perkara itu dimaklumkan anggota pengiring rombongan 'See For (C4) Yourself' dalam WhatsApp kepada Harakahdaily.

"Saya tidak mengharapkan anak saya kembali ke Malaysia dan biarlah dia berada di sini kerana keselamatannya lebih terjamin.

"Saya harap Kerajaan Australia memberi perlindungan sebaiknya kepada anak saya," kata Piah kepada media di Australia sejurus tiba di Sydney jam 12 tengah hari tadi.

Sementara itu, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahamd Nawawi berkata, misi utama kedatangan ke Australia adalah untuk menemukan Sirul dengan ibunya.

"Kita mengharapkan keselamatan rombongan ini selamat dan diberi jaminan oleh pihak Australia.

"Isu ini memang menimbulkan kontroversi tetapi itu terpulang kepada Sirul untuk mendedahkan bila dia rasa sesuai.

"Apa yang pasti matlamat untuk ibu bertemu anak tercapai," katanya.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang mengetui misi 'See For (C4) Yourself' ini berharap urusan pertemuan keluarga dapat dilaksanakan secepat mungkin. - HARAKAHDAILY 2/3/2015

Share on Myspace