Mampukah Najib bertahan selepas 8 Mac?

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Tumpuan negara kini melihat sama ada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mampu bertahan selepas mesyuarat pemimpin bahagian Umno yang dijadualkan 8 Mac depan.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata, pertemuan Najib dengan ketua-ketua Umn bahagian itu mengundang persoalan, lebih-lebih lagi dalam keadaan Perdana Menteri keenam itu diasak pelbagai isu.

Katanya, ini luar biasa, kerana mesyuarat Umno bahagian pada 8 Mac itu dipanggil untuk menunjukkan perpaduan dan sokongan kepada Najib, dan bukannya untuk mengenepikan beliau.

“Kenapa ada perubahan iklim dan fokus politik secara tiba-tiba di dalam Umno? (Apakah) ini adalah gambaran suasana yang ‘bergelora' di dalam Umno? katanya dipetik Roketkini

Tambah Kit Siang, wujud tekanan hebat ke atas Najib untuk meletakkan jawatan, malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri menyatakan bahawa ‘jika saya PM sekarang, saya akan meletakkan jawatan’.

Namun Najib dilihat mengabaikan tekanan tersebut, meskipun kenyataannya wujud percanggahan besar ke atasnya yang dilihat sebagai salah seorang daripada Perdana Menteri terlemah di Malaysia, namun dalam masa sama sebagai Presiden Umno terkuat.

Share on Myspace