Maklumat palsu gangguan air 36 jam di Selangor

| .

KUALA LUMPUR: Maklumat mengenai gangguan air selama 36 jam di seluruh Selangor yang tersebar menerusi aplikasi media WhatsApp adalah palsu dan berniat jahat.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib berkata, ada pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan maklumat itu dengan niat menimbulkan panik dalam kalangan pengguna.

“Maklumat yang tersebar menerusi aplikasi Whatsapp itu sama sekali tidak benar.

“Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pengguna agar tidak membuat spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam khususnya pengguna di Selangor,” kata Zaidy dalam kenyataan media.

Zaidy berkata Kerajaan Selangor kesal atas insiden yang berlaku dan berharap pengguna Whatsapp meneliti dahulu maklumat diterima sebelum membuat sebaran umum.

Pengguna disaran melayari laman sesawang SYABAS iaitu http://www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini. - HARAKAHDAILY 2/3/2015

Share on Myspace