PAC perlu panggil segera 1MDB, pengaudit untuk siasat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat memandang serius dakwaan yang dikeluarkan oleh Sarawak Report yang mendakwa telah mendapat salinan dokumen-dokumen yang membuktikan terdapat urusaniaga yang mencurigakan dalam Projek Usahasama antara 1MDB dan PetroSaudi International di mana sekurang-kurangnya USD700 juta telah diselewengkan kepada syarikat berkaitan dengan Jho Low.

"Kami menyokong sebulat suara kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed agar memanggil 1MDB dan para auditornya bagi menyiasat semua perkara berkaitan 1MDB," ujar Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Dr Tan Seng Giaw, Datuk Kamarul Baharin Abbas, Datuk Kamarudin Jaffar, William Leong Jee Keen dan Tony Pua Kiam Wee dalam kenyataan akhbar.

Menurut mereka, PAC seharusnya memanggil segera Shahrol Halmi, bekas Ketua Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy, Presiden 1MDB yang baru dilantik, syarikat audit 1MDB - KPMG dan Deloitte Malaysia dan pegawai Kementerian Kewangan untuk suatu pendengaran.

"Segala dokumen dan email berkaitan perlu dibawa dalam pendengaran awam berkenaan. Ini perlu dilakukan segera sebelum semua bahan bukti dimusnahkan," ujar mereka lagi. - HARAKAHDAILY 3/3/2015

Share on Myspace