Pertahan tudung: $43,000 bantu Rania beli kereta baru

HARAKAHDAILY | .

LEBIH dari $43,000 Kanada sudah dikumpulkan dari pelbagai penjuru dunia untuk membantu Rania El-Alloul, seorang wanita negara itu yang didakwa oleh mahkamah bahawa ia tidak mengenakan pakaian yang sesuai dengan prosedur.

Hakim Eliana Marengo mengatakan bahawa Rania tidak berpakaian sesuai di mahkamah, kerana Rania memakai tudung. Demikan dilaporkan oleh worldbulletin.net.

Selepas kejadian itu, dua warga negara Kanada - Nouman Ahmad dan Rayan Rafay - membuka akaun di laman www.gofundme.com mengumpulkan wang untuk membantu Rania.

Memetik laman web Islampos, wang yang sudah terkumpul setakat ini dibelikan sebuah kereta kerana ketika ini kereta Rania disita oleh mahkamah.

Jumlah wang 43,000 dollar Kanada itu sendiri diperoleh hanya dalam masa 2 hari daripada 951 orang. Sumbangan diakses melalui: www.gofundme.com/buyhijabiacar.

Rania melahirkan rasa terima kasihnya atas sokongan yang diterima. Rania menyatakan bahawa dia sudah membuat keputusan yang tepat untuk tidak melepaskan jilbabnya di ruang sidang pengadilan.

Kereta el-Alloul dirampas oleh Dewan Insurans Kereta Quebec selepas polis menahan anaknya kerana memandu kereta yang sudah luput lesen.

Pada sidang mahkamah, hakim mengatakan bahawa Rania "tidak berpakaian sesuai" dan menangguhkan kes itu. Hakim mengatakan Rania mempunyai dua pilihan: menanggalkan jilbabnya atau memohon penangguhan untuk mendapatkan nasihat undang-undang.

Ahmed, yang mengasaskan bantuan untuk Rania, mengatakan bahawa mereka mencipta akaun itu untuk menyokong Rania kerana dia diperlakukan tidak adil hanya kerana memakai tudung.

"Ini adalah pendapat kebanyakan rakyat Kanada lho," jelas Ahmed.

Share on Myspace