Erdogan kunjungi Raja Salman selepas lawatan al-Sisi

HARAKAHDAILY | .

RAJA Salman bin Abdulaziz menerima kunjungan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan di ibu negara Riyadh, semalam.

Raja dan Putra Mahkota Muqrin bin Abdulaziz, Timbalan Putra Mahkota Mohammed bin Nayef dan pegawai tinggi Saudi sambut Presiden Turki di Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh Raja Khalid pada hari sebelumnya.

Erdogan telah tiba ke bandar pantai Jeddah pada Sabtu malam dan melakukan ziarah umrah di Makkah sebelum terbang ke Riyadh pada hari Isnin, lapor Eramuslim.com.

Pertemuan Erdogan dengan Raja Salman datang sehari selepas Presiden Kudeta Mesir Abdel Fattah al-Sisi mengadakan perbincangan dengan Raja Salman, dan mendahului lawatan Perdana Menteri Nawaz Sharif Pakistan pada hujung minggu ini.

Para pemimpin Turki dan Arab ini membincangkan "cara meningkatkan kerjasama dua hala di pelbagai bidang, isu-isu yang menjadi kepentingan bersama" dan perkembangan luaran, kata pegawai Saudi Press Agency.

Sebelumnya, para pemimpin dari negara-negara jiran Qatar, Kuwait, Jordan dan UAE telah melawat Raja Salman sejak pertengahan Februari.

Kaherah menuduh Turki campur tangan dalam urusan dalaman Mesir dan peranan Erdogan yang menyokong Ikhwan Muslimin.

Hubungan Sisi dengan Erdogan tegang sejak Sisi menggulingkan Presiden Mohammad Mursi pada tahun 2013, melancarkan tindakan keras terhadap Ikhwanul Muslimin.

Share on Myspace