Briged Al-Qassam terus membangun teknologi roket

HARAKAHDAILY | .

AKHBAR Rusia Today menyebut Briged Izzuddin Al-Qassam sedang mempersiapkan kembali persenjataan mereka untuk menghadapi penjajah Israel, selepas pencerobohan negara zionis tersebut pada pertengahan 2014 lalu.

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Rusia Today dari pemimpin sayap tentera Hamas, Marwan Issa, pada hari Isnin kelmarin menyatakan setiap usaha untuk menghentikan Izzuddin Al-Qassam akan gagal.

"Kami bukan sedang mencari konfrontasi dengan pendudukan Zionis Israel, akan tetapi kita bekerja untuk mempersiapkan kekuatan kami dalam menghadapi setiap pencerobohan akan datang," kata Marwan Issa dipetik laman web Eramuslim.

Pemimpin sayap tentera Hamas itu menjelaskan bahawa Briged Izzuddin Al-Qassam akan terus membangunkan teknologi roketnya serta menegaskan bahawa setiap usaha serantau dan antarabangsa untuk sekatan tentera Hamas akan gagal.

Marwan Issa menegaskan bahawa Hamas dan seluruh puak perjuangan Palestin yang lain tidak pernah berhenti dan rehat sehingga dapat membebaskan seluruh jengkal tanah Palestin.

Tercatat dalam pencerobohan 51 hari tahun 2014 Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya mengalahkan penjajah Israel, dan memaksa negara zionis tersebut mengumumkan gencatan senjata unilateral pada akhir Ogos 2014.

Share on Myspace