Hanya Hamas pelindung umat Islam lawan zionis Israel

HARAKAHDAILY | .

JURUCAKAP Parti Kebebasan dan Keadilan, Dr Mohammed Sudan, mengatakan bahawa Gerakan Perjuangan Islam Hamas adalah satu-satunya pelindung umat Muslim melawan Zionis Israel.

Kenyataan itu dilontarkan Dr Mohammed Sudan menanggapi keputusan Liga Arab yang tidak mengakui keputusan mendesak Mahkamah Kaherah yang menyatakan Hamas sebagai gerakan pengganas pada hari Sabtu, kelmarin, lapor Eramuslim.

Dalam kenyataan semalam, Dr Mohammed Sudan berkata, bahkan ada di antara negara-negara Arab yang ikut berkompromi dengan Zionis Israel untuk mendapatkan kepentingan rahsia mereka, kerana Hamas adalah pahlawan umat melawan penjajahan Israel.

Beliau menambah, keputusan Liga Arab menolak Hamas sebagai kumpulan pengganas adalah sebuah kekalahan tepat bagi pemerintahan rampasan kuasa tentera Mesir dalam menekan pejuang umat Islam di tanah Palestin.

Menurutnya, walaupun beberapa pemimpin negara Arab menolak dengan jelas Arab Spring pada 2011 lalu, akan tetapi keputusan untuk memasukan Hamas dalam kumpulan pengganas adalah tindakan bodoh yang nampak jelas melayani permintaan Zionis Israel.

Perlu diketahui bahawa mahkamah mendesak Kaherah pada 28 Februari lalu memutuskan supaya memasukan Hamas dalam senarai pengganas Mesir.

Share on Myspace