Perang di Gaza: 350 tentera Israel terima rawatan jiwa

HARAKAHDAILY | .

LEBIH 350 tentera Israel yang menyertai serangan tentera musim panas lalu di Jalur Gaza terus menerima kaunseling kejiwaan kerana tekanan (stres) pasca-trauma yang berat, demikian dilaporkan Anadolu Agency.

Para tentera itu disebutkan mengalami kekeliruan, produktiviti yang rendah dan mimpi buruk yang terus berulang.

Sejumlah tentera juga menjalani rawatan kerana trauma psikologi.

Bahkan sebuah akhbar Israel memetik kenyataan seorang pegawai kanan Israel bahawa jumlah tentera yang menerima rawatan psikiatri selepas serangan musim panas lalu di Gaza lebih tinggi daripada mereka yang tidak mengikuti operasi sebelumnya.

Memetik laman web Islampos, dia berkata bahawa 80 peratus tentera yang menjalani rawatan psikiatri pulih sepenuhnya.

Rawatan dilakukan di pangkalan tentera Re'im. Mereka menerima rawatan selama lapan jam setiap hari.

350 Israel troops sought therapy after Gaza war: Report

Share on Myspace