MB harap lebih ramai huffaz lahir di bumi Serambi Mekah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob merakamkan ucapan tahniah kepada pelajar Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qira'at Pulai Chondong, Wan Muhammad Rafiq Wan Roslan yang telah dinobatkan sebagai johan Hafazan Peringkat Kebangsaan kategori 1 hingga 20 juzuk.

Mohammad Rafiq akan mewakili negara ke pertandingan hafazan peringkat antarabangsa yang akan diadakan pada bulan Jun 2015 akan datang di Amman Jordan.

"Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan. Saya amat berharap lebih ramai para huffaz seperti beliau yang lahir di bumi Serambi Mekah ini," ujar Ustaz Ahmad menerusi facebook, malam tadi.

Katanya, apa yang lebih penting ialah menjadikan kandungan Al-Quran sebagai panduan dalam semua aspek kehidupan selain mengelokkan tajwid, makhraj, pantas dalam mengingat dan selalu berdamping dengan Al-Quran.

Menurutnya, Kerajaan Negeri Kelantan sentiasa menanam benih-benih huffaz ini untuk dilihat hasil suatu hari nanti.

"Semoga Kelantan terus membangun bersama Generasi Quranik yang unggul," ujarnya lagi. - HARAKAHDAILY 7/3/2015

Share on Myspace