Ahmad Fathan calon PAS PRK Dun Chempaka

ASLANI M | .

KOTA BAHRU: Bekas Timbalan Pengetua Institut Dakwah Islamiah Perkim (Idip), Ustaz Ahmad Fathan Mahmood, 42, mewaliki PAS bagi mempertahankan Dun Chempaka.

Calon PAS Dun Chempaka itu diumumkan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada ceramah di pekarangan Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) malam ini.

Hadir sama Pesuruhjaya PAS negeri yang juga Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob, timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah, Pengerusi PKR negeri, Ab Aziz Ab Kadir dan Pengarah Pilihan raya PAS Kelantan, Datuk Takiyudin Hassan.

Farhan yang juga bekas imam Masjid Kampung Baung adalah lulusan Sarjana Syariah di Universiti Malaya akan meneruskan legasi Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau juga adalah Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa menjadi pilihan peringkat akar umbi PAS Dun Chempaka sebelum diperkenankan peringkat PAS Kelantan dan PAS Pusat.

Ustaz Fathan mendapat pendidikan menengah di Maahad Muhammadi dan pernah belajar di Universiti Al-Azhar Mesir dalam bidang syariah.

Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Chempaka diadakan berikutan kematian Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat selaku penyandang pada 12 Februari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon pada 10 Mac dan mengundi pada 22 Mac.

Pada PRU13 lalu, Tuan Guru memenangi kerusi Dun Chempaka menewaskan calon BN dengan majoriti 6,500 undi.

Biodata calon PAS PRK N.06 Chempaka

AHMAD FATHAN BIN MAHMOOD @ MAHAMAD
Tarikh Lahir: 4 April 1973
Umur: 42 Tahun
Isteri: Azizah Hanim bt Mohd Daud @ Ali
Anak: 7 orang

Pendidikan: BA Syariah Universiti Al-Azhar Mesir, MA Syariah Universiti Malaya

Pekerjaan:
- Timbalan Pengetua & Pensyarah IDIP (Institut Dakwah Islamiah Perkim)
- Imam Tua Masjid Mukim Baung Besar

Jawatan Parti:
- Ketua PAS Cawangan Baung
- Ketua Urusan Ulamak Dun Chempaka
- Bendahari PAS Kawasan Pengkalan Chepa - HARAKAHDAILY 8/3/2015

Share on Myspace