PRK Chempaka: Solat hajat sebelum perarakan calon PAS

ASLANI M | FOTO RIZAL TAHIR | .

 

 

KOTA BHARU: Perarakan calon PAS bagi Pilihan raya Kecil (PRK) Dun Chepaka dimulakan dengan solat hajat di Madrasah Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) yang diimamkan Ustaz Nik Razi Nik Mat yang turut disertai Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mengetuai perarakan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood.

Turut serta ialah Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib-naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Husam Musa, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi PKR Kelantan, Ab Kadir Ab Aziz.

Orang ramai dalam kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat berhimpun di Putik sejak jam 7.00 pagi.

Perarakan bermula di Putik sejauh kira-kira 1.6 km ke pusat penamaan calon di Dewan Maktab Rendah Sains Mara Pengkalan Chepa.

Suasana agak tenang kerana hari ini merupakan hari bekerja di Kelantan.

Sebelum perarakan calon PAS bermula, bacaan doa diketuai Tuan Ibrahim.

PRK Dun Chempaka diadakan berikutan kematian Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 12 Februari lalu.

SPR menetapkan penamaan calon pada hari ini dan jika ada pertandingan, hari mengundi berlangsung 22 Mac.

Pada PRU13 lalu, Tuan Guru mengalahkan calon BN dengan majoriti 6,500 undi. - HARAKAHDAILY 10/3/2015

Share on Myspace