PRK Dun Chempaka: 4 calon Bebas serah borang

ASLANI M | FOTO RIZAL TAHIR | .

KOTA BHARU: Selepas pusat penamaan calon bagi Pilhan raya Kecil (PRK) Dun Chempaka dibuka pada jam 9.00 pagi ini, lima borang diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Calon PAS, Ustaz Fathan Mahmood menyerah borang paling awal diikuti empat lagi calon Bebas.

Calon Bebas yang menyerahkan borang ialah Sharif Mahmood yang difahamkan mewakili Perkasa, Fadzillah Husin (NGO Kelab Bumi Rahmat Kelantan), Aslah Mamat (peniaga) dan Izzat Bukhari.

Izzat sebelum ini pernah menyertai PRK Dun Pengkalan Kubor akhir tahun lepas juga sebagai calon Bebas.

Anggota Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin bertindak sebagai pencadang kepada calon PAS, manakala peguam Nik Baharom Nik Abdullah bertindak sebagai penyokong.

Pegawai Pengurus PRK Dun Chempaka, Ibrahim Bakri Mat Deris mengumumkan pusat penamaan calon dibuka pada jam 9.00 pagi tadi.

Perarakan calon PAS diiringi kira-kira 5,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat bermula di Putik sehingga ke MRSM Pengkalan Chepa. - HARAKAHDAILY 10/3/2015

Share on Myspace