Kanun Jenayah Syariah: Elok kalau DAP, PKR kata setuju

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: "Untuk elak PR pecah, elok kalau DAP dan PKR menyatakan persetujuan terhadap Enakman Kanun Jenayah Syariah II Kelantan," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Naib Presiden PAS itu berkata, ini kerana ia adalah hak bagi orang Islam dan tiada kena mengena dengan masyarakat bukan Islam.

Lagipun, ujar beliau mereka telah melakukan melalui proses demokrasi yang menjadi asas perjuangan bersama.

Namun, katanya jangan pula apabila Umno menyatakan sokongan kepada enakman tersebut, maka itu jadi petanda Umno akan bergabung dengan PAS.

Ini, ujar beliau kerana perkara wajib bagi umat Islam, ianya mesti sama dari sudut penerimaan dan beriman dengannya dan mesti disokong.

"Apakah bila Tun Mahathir menyerang 1MDB sebagaimana kita menyerang Najib lalu kita buat kesimpulan Mahathir akan menyertai PR?" tanya beliau menerusi facebook.

Justeru, tambah Tuan Ibrahim, ada perkara yang menjadi hak bersama, dan ada perkara yang kita berbeza.

"Umno BN tetap menjadi 'musuh' bersama," tegasnya. - HARAKAHDAILY 15/3/2015

Share on Myspace