SPR gopoh lakukan Persempadanan semula p'raya S'wak

| .

 

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli mempersoal tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat tergesa-gesa melakukan persempadanan semula pilihan raya negeri Sarawak.

Ini kerana dakwa Hatta, kes persempadanan semula negeri Sarawak masih dalam proses semakan di mahkamah.

"Mengapa SPR tidak mahu tunggu proses semakan mahkamah yang akan berlangsung esok sebelum mereka teruskan persempadanan semula.

"Apa-apa keputusan ini akan membuatkan proses ini berbalik kepada langkah awal semula,"katanya ketika sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Tambahnya, proses persempadanan semula sedang berlangsung di mahkamah dan berlaku pertikaian dalam proses semakan itu.

Proses ini katanya, akan membawa isu yang amat penting untuk memastikan persempadanan berjalan mengikut perlembagaan dan memberi keadilan terutama bagi pertambahan kerusi mengikut jumlah penduduk.

Tegas Hatta yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, penambahan undi banyak berlaku di kawasan luar bandar yang memberi kesan tidak seimbang antara kerusi-kerusi di negeri Sarawak.

Hatta dalam soalan asalnya meminta Perdana Menteri menyatakan apakah faktor SPR telah menyiapkan proses persempadanan semula kerusi Dun Sarawak berbanding di negeri-negeri lain dan di peringkat Persekutuan. - HARAKAHDAILY 18/3/2015

Share on Myspace