Baca puisi khas hargai Mejar Zaidi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Orang ramai dijemput hadir program Malam Baca Puisi Madrasah Seni dengan tema Solidariti Buat Mejar Zaidi, Jumaat ini di Madrasah Tarbiyah, Kampung Banda Dalam Jalan Gombak.

Program Baca Puisi secara tetap anjuran Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) dengan kerjasama Madrasah Tarbiyah itu diadakan pada minggu kedua Jumaat setiap bulan bermula 8.45 malam.

Antara penyair yang dijangka hadir dalam program kali ketiga diadakan itu ialah Ijamala MN, Mohd Daud Mohd, Shukor Harun, Dinsman, Amran Ibrahim Rashidi, Raja Yusoff, Sharifah Aisiah, Nizam Yamin dan ramai lagi.

Mejar Zaidi Ahmad merupakan bekas pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera, 12 Januari lalu selepas didakwa bersalah terhadap dua tuduhan membabitkan isu dakwat kekal semasa PRU13 serta menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya, dua tahun lalu.

Malam Baca Puisi Madrasah Seni pertama kali diadakan pada 9 Januari lalu dirasmikan oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said manakala kali kedua pada 27 Februari dengan tema mengenang Tok Guru Nik Aziz serta pelancaran novel, "Nenek" karya Razali Endun. – HARAKAHDAILY 20/3/2015

Share on Myspace