Ijtimak perkukuh perpaduan ummah sejagat

MUHAMMAD FAIZAL | .

MARANG: Pengarah Promosi Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah kali ke-3, Dr Riduan Mohamad Nor menyifatkan ijtimak ini adalah satu himpunan yang dapat memperkukuhkan perpaduan ummah sejagat.

Beliau berkata, melalui himpunan ini juga negara-negara Islam sedunia dapat membincangkan isu antarabangsa terutamanya membabitkan Palestin.

"Melalui himpunan ini kita dapat membedah organisasi Islam di seluruh dunia yang mana kita melihat gerakan Islam sedang menghadapi acuan yang dirancang oleh Amerika Syarikat.

"Peringkat antarabangsa menuduh gerakan Islam merupakan satu ancaman, atas sebab itu kita mahu mencari jalan penyelesaian terhadap konflik tersebut," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yakin dengan dengan himpunan kali ini dapat merapatkan jurang perbezaan antara gerakan Islam di dunia.

"Ia dapat mencipta satu syiar atau simbol kepada gerakan baru dunia Islam.

"Pada akhir perhimpunan ini kita akan mewujudkan satu resolusi baru dalam pembentukan gerakan dunia Islam di peringkat antarabangsa," sambung beliau. - HARAKAHDAILY 21/3/2015

Share on Myspace