Anak-anak zionis menabung untuk hancurkan Al-Aqsa

HARAKAHDAILY | .

MARANG: Duta tetap Hamas ke Malaysia, Syeikh Ahmed Ayesh An-Najar berkata setiap umat Islam harus menyumbang untuk pembebasan Palestin terutama Masjid Al-Aqsa daripada cengkaman zionis Israel.

Beliau turut menggesa umat Islam supaya cakna isu Palestin kerana ia adalah isu bersama dan bukan hanya perlu digalas oleh rakyat Palestin semata-mata.

"Allah mngingatkan kita supaya cakna isu Al-Aqsa yang merupakan isu bersama untuk kita dukung dan sokong.

"Baitul Maqdis kiblat pertama umat Islam dan tempat di mana Rasulullah s.a.w, melalui peristiwa Israk Mikraj, ia milik seluruh umat Islam,” ujarnya semasa berucap pada program Pidato Pimpinan Gerakan Sedunia sempena Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-3 di Dewan Tok Guru, Rusila hari ini.

Beliau juga menyeru rakyat Malaysia agar kuat menghadapi ujian banjir yang diuji oleh Allah di samping menginsafi penderitaan dan kesusahan rakyat Palestin yang berada dalam cengkaman zionis selama berpuluh-puluh tahun.

Katanya, kebencian zionis kepada Islam telah diterap kepada jiwa anak-anak semasa mereka masih kecil apabila menggalakkan anak-anak mereka menabung untuk kehancuran Al-Aqsa.

"Setiap keluarga zionis ada tabung untuk menggalakkan anak-anak mereka menabung bermatlamat untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa," ujarnya dipetik laman web rasmi ijtimak.

Share on Myspace