EKJS: Kelantan akan terus beri penerangan

SALMAH MAT HUSAIN | .

PENGKALAN  CHEPA: Kerajaan Kelantan akan terus memberikan penjelasan berkaitan Enakman Kanun Jenayah Syariah ll (EKJS) kepada pihak yang masih tidak faham berhubung hukum tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob berkata, walaupun kerajaan negeri atau diperingkat parti telah membuat penjelasan berulang kali, namun pihaknya bersedia memberi penerangan melalui Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perisytiharan kemenangan calon PAS pada PRK N06 di Putik di sini malam tadi.

Katanya, tidak ada satu enakmen pun yang dibentangkan dalam Dun atau Parlimen sebagaimana enakmen kerajaan Kelantan itu.

“Kita bentangkannya kepada rakyat terlebih dahulu untuk diperlihtkan pada mereka bagi dibincangkan.

“Biasanya mana-mana enakmen akan terus kepada kabinet atau exco dan seterusnya ke Parlimen atau dewan,” ujarnya.

Katanya, hal itu membuktikan bahawa kerajaan negeri begitu ikhlas untuk melaksanakan hukum tersebut di samping memberi kefahaman dahulu pada rakyat.

Katanya, sekiranya benar masih ramai lagi yang belum jelas kerajaan negeri akan memberi penerangan melalui UPKNK.

Ahmad seterusnya memberitahu, undang-udang tanah contohnya, berapa ramaikah rakyat mengetahui tentang perkara itu.

"Adakah rakyat tahu tentang upah syarat, pecah panjang dan sebagainya. Ramai rakyat tidak memahaminya," tanya beliau.

Tambahnya, bagaimanapun kerana adanya pegawai, pejabat dan sebagainya, kefahaman itu dapat diberikan pada mereka.

“Begitu juga dengan undang-undang ini (EKSJ) tidak semuanya tahu,” ujarnya.

Turut berucap pada majlis itu Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, Pengarah Bersama PRK N06 Chempaka, Datuk Takiyuddin Hassan, Ketua Pemuda PAS negeri, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari dan calon PAS, Ustaz Ahmad Fathan Mahmood. – HARAKAHDAILY 23/3/2015

Share on Myspace