TG Abdul Hadi adalah presiden saya - Salahuddin

SALAHUDDIN AYUB | .

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Presiden saya dan Presiden lebih satu juta ahli PAS.

Adalah rumit dan sukar bagi saya untuk menerima sepenuhnya keputusan DAP yang mahu memutuskan hubungan Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi mahu terus kekal dengan PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Sementara saya faham betapa sukarnya DAP berhadapan dengan isu pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah II di Kelantan dan khasnya kontroversi yang dicetuskan akibat tindakan Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk membentang rang undang-undang persendirian di parlimen nanti, memutuskan hubungan dengan Presiden PAS bukanlah jalan atau pendekatan penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini.

Saya masih yakin dan percaya melalui pengalaman suka duka bersama PR, sebesar mana dan sekusut mana pun masalah yang pernah didepani, medan atau platform terbaik untuk berbincang dan membuat keputusan secara kolektif ialah Mesyuarat Majlis Tertinggi PR.

Oleh yang demikian saya yakin rakan-rakan dalam PR akan berusaha untuk kita mengadakan satu Mesyuarat Khas bagi membincang dan menyelesaikan isu ini secepat mungkin.

Salahuddin Ayub
Naib Presiden PAS

Share on Myspace