Putus hubungan dengan presiden, impak buruk kepada PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang adalah Presiden PAS, kata timbalannya, Mohamad Sabu.

"Oleh itu, sebarang tindakan memutus hubungan dengan beliau memberi suatu impak yang buruk kepada PAS," tegasnya dalam satu kenyataan.

Justeru itu, katanya penyelesaian segera hendaklah dicari di antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat khasnya DAP untuk terus memantapkan Pakatan Rakyat.

"Jika penyelesaian segera tidak dapat dicapai, maka hubungan yang sedia ada semakin runcing dan saya yakin penuh sekusut mana pun hubungan, kalau ada kesungguhan untuk terus berada dalam Pakatan Rakyat, pasti akan jumpa jalan penyelesaiannya," ujarnya lagi.

Menurutnya, cara yang terbaik ialah pemimpin Pakatan Rakyat perlu segera bertemu dan mencari titik persamaan untuk terus bersama. - HARAKAHDAILY 24/3/2015

Share on Myspace