DAP biadab, tarik balik tuduhan kepada Presiden PAS

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS melahirkan kekecewaan yang amat sangat terhadap tuduhan liar dan penghinaan ke atas batang tubuh Presiden dan PAS oleh pimpinan tertinggi DAP.

"PAS menggesa DAP menarik balik semua tuduhan melampau yang dikeluarkan," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, kenyataan biadab dan menghina bertubi-tubi yang dilakukan DAP terhadap Presiden dan PAS telah melampaui adab dan budaya yang tidak dapat diterima rakyat Malaysia, apatah lagi dalam satu gabungan pakatan.

Tegasnya, tiada erti mesyuarat Pakatan Rakyat diadakan jika DAP meneruskan sikap sombong biadap dengan enggan menarik balik tuduhan liar melampau mereka terhadap Presiden. - HARAKAHDAILY 25/3/2015

Share on Myspace