Pengurusan Facebook sengaja tutup laman rasmi - Hamas

HARAKAHDAILY | .

Gerakan Islam Palestin Hamas menuding pengurusan Facebook sengaja menutup laman rasmi miliknya yang baru saja dilancarkan bersamaan dengan peringatan tahun ke-11 syahidnya Sheikh Ahmad Yasin pada Ahad, 22 Mac.

"Pengurusan Facebook telah sengaja menutup laman rasmi Hamas di jejaring sosial asal Amerika Syarikat pada Selasa malam," ujar Hamas dalam satu kenyataan, semalam.

Hamas menganggap bahawa penutupan laman rasmi milik mereka kerana alasan politik dan tekanan dari Yahudi antarabangsa.

Memetik laman web Eramuslim, tercatat puluhan ribu orang telah menyertai dalam laman rasmi Hamas di jejaring sosial Facebook dalam dua hari pelancarannya.

Selain memanfaatkan Facebook, Hamas kini juga ikut aktif di rangkaian video sosial Youtube, Twitter dan Instagram untuk menyebarkan maklumat terkini mengenai perkembangan Palestin khususnya Al-Quds dan Masjid Al-Aqsa.

Share on Myspace