PRU13: Teringat hasrat DAP untuk guna lambang PAS

KHAIRUL FAIZI AHMAD KAMIL | .

SAYA teringat ketika DAP berhadapan dengan saat genting apabila terdapat ura-ura bahawa Pendaftar Pertubuhan (ROS) akan membatalkan pendaftaran DAP sebelum PRU yang ke-13 akibat kesilapan semasa pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP.

Terasa ketika itu bagai ada 'tangan-tangan ghaib' yang berusaha untuk memastikan DAP diharamkan sehinggakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyuarakan hasrat untuk menggunakan lambang PAS sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya DAP dibatalkan.

Hasrat LKS itu disambut dengan hati yang terbuka oleh Presiden PAS kerana mahu melihat rakan sekutunya di dalam PR dapat bertanding bagi mengalahkan BN. Ia adalah satu keputusan yang sangat besar ertinya kepada seluruh pendukung dan penyokong PR pada ketika itu.

Mungkin peristiwa itu sudah menjadi kenangan namun kenangan itulah yang membuktikan sifat keterbukaan Presiden PAS.

Sebagai mengingatkan mereka, Presiden PAS ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Presiden PAS sama pada ketika ini yang telah diputuskan hubungan oleh DAP.

Saya memberi sokongan penuh kepada Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang kerana TGHA adalah Presiden saya. Saya percaya TGHA tidak berkecil hati dengan keputusan ini cuma saya bimbang ia akan merugikan DAP.

Terus berjuang! - HARAKAHDAILY 26/3/2015

Penulis ialah Penolong Setiausaha Agung II PAS.

Share on Myspace