Khalid Samad pula ditahan polis 3.20 pagi tadi

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin mempersoalkan 'kegilaan' apakah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang ditahan polis jam 3.20 pagi tadi.

"Anak Khalid Samad btahu saya 5 buah kereta polis dtg rumah mereka jam 3.20 pagi dan ada yg pegang M16 utk tangkap YB. Kegilaan apa ni IGP?" tanya beliau yang juga Ahli Parlimen Sepang menerusi twitter.

Sementara Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sememangnya sudah hendak sampai hujung pemerintahannya.

"Ramai pemimpin pembangkang ditahan. Tak cukup siang. Malam hari pun tangkap juga.

"Terbaharu YB Khalid Samad ditangkap jam 3.20 am di rumahnya. Kenapa tak tangkap waktu siang hari?" tulis beliau menerusi facebook.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Zainuddin Ahmad berkata Khalid ditahan di kediamannya, kira-kira 2.30 pagi.   

"Khalid dibawa ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi untuk siasatan lanjut," katanya kepada Bernama. - HARAKAHDAILY 29/3/2015

Share on Myspace