Makluman berkaitan kubur Almarhum Tok Guru Nik Aziz

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Berikut ialah penjelasan Nik Mohamad Abduh menerusi facebook berhubung kubur ayahandanya, Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ada sebaran dan viral gambar kubur al Marhum ayahanda yang dipasang binaan pagar bertutup dan telah menimbulkan persoalan ramai.

Saya mohon menjelaskan bahawa binaan itu telah dibina oleh individu penduduk kampung dan murid ayahanda tanpa pengetahuan pihak kami keluarga.

Tujuannya baik, iaitu untuk mengelak beberapa perbuatan bidaah yang bertentangan ajaran Islam yang suci oleh beberapa individu 'jahil dan rosak hati' yang datang dari luar seperti mengambil tanah untuk tujuan 'berkat' yang hakikatnya adalah 'sesat'.

Walau bagaimanapun pihak keluarga tidak setuju dengan binaan tersebut dan kami sepakat bahawa ia diletakkan dengan status 'sementara' atas maslahat di atas. Ia akan dipindahkan dalam tempoh terdekat insya Allah.

Kubur al Marhum ayahanda rahimahuLlah akan kekal dengan sunnah nabawiyah. Tanpa binaan selain batu nisan.

Mohon maaf dan terima kasih atas prihatin semua.

Terima kasih.

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda.

Share on Myspace