Altantuya: Mahfuz sedia bawa ibu Sirul jumpa Tun M

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar menyambut baik kenyataan terbaru bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad berkenaan kes pembunuhan Altantuya.

"Walaupun agak te lewat beliau memberi respons berkenaan isu ini tetapi persoalan yang beliau bangkitkan itu begitu relevan sekali.

"Beliau mengatakan adalah zalim jika Sirul dibunuh sedangkan dia hanya menjalankan arahan," ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, beliau ingin menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Tun Mahathir dengan membawa bersama ibu Sirul yang ingin menyatakan sesuatu kepada bekas Perdana Menteri itu jika pertemuan itu benar-benar berlangsung.

Meurutnya, ibu Sirul tetap mengharapkan hak anaknya terbela kerana Sirul telah dianiayai dan dijadikan kambing hitam dalam kes pembunuhan Altantuya.

Tambahnya, semoga dengan pertemuan tersebut dan usaha berterusan pelbagai pihak akan dapat merungkai juga akhirnya siapakah yang memberi arahan tersebut dan apakah motif kes pembunuhan Altantuya itu.

"Saya berharap agar pihak Tun sedia untuk bertemu dengan saya dan Ibu Sirul agar sedikit-sebanyak ia dapat menyelesaikan kontroversi kes yang penuh misteri ini dan harapan baru kepada Sirul," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. - HARAKAHDAILY 3/4/2015

Share on Myspace