Mohd Amar anggap laporan tidak tepat, berniat jahat

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah melahirkan rasa dukacita berhubung laporan akhbar Berita Harian, hari ini.

Penjelasan ringkas beliau menerusi facebook, petang ini.

Merujuk tajuk dan laporan Berita Harian Jumaat 3 April 2015 yang memetik kenyataan saya berkenaan "amanah Tok Guru Nik Aziz".

Dukacita dinyatakan bahawa laporan akhbar tersebut adalah tidak tepat, berniat jahat dan berunsur fitnah.

Para pembaca boleh merujuk kepada ucapan penuh saya yang dirakam oleh pihak penganjur untuk mendapat maklumat yang tepat dan benar. - HARAKAHDAILY 3/4/2015

Share on Myspace