SUK Kedah nafi Yang di-Pertuan Agong gering

BERNAMA | .

ALOR SETAR: Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Paduka Mohd Puat Mohd Ali menafikan khabar angin yang disebarkan pihak tertentu kononnya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sedang gering.
    
Dalam satu kenyataan ringkas hari ini, beliau melahirkan rasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil menyebarkan fitnah bahawa Tuanku telah gering dan rebah di istana.
    
"Saya merasa dukacita kerana ada pihak tertentu yang berniat jahat dan bersifat jahil telah menyebarkan fitnah bahawa Yang di-Pertuan Agong telah gering kerana rebah di istana.
    
"Berita ini timbul apabila ada permintaan supaya diadakan majlis bacaan Yasin bagi mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Duli Tuanku di Kedah. Majlis bacaan Yasin ini lazim diadakan di Kedah kerana rakyat Kedah menyayangi Duli Tuanku. Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong sihat dan tidak gering,"  katanya di sini.
    
Mohd Puat berharap semoga Allah SWT menganugerahkan Seri Paduka berdua umur yang panjang dan sihat sejahtera. - BERNAMA

Share on Myspace