PRU14: Muslimat perlu dekat dengan semua pihak

FUAD NURHADI | .

PASIR PUTEH: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Md Nawi menyeru muslimat agar mendekatkan diri dengan semua pihak dalam usaha melipatganda sokongan terhadap parti sebagai persiapan menghadapi PRU14 akan datang.
 
Katanya, muslimat perlu menjadi nadi penting dalam menggerakkan usaha untuk mendapat sokongan kerana mereka antara tenaga paling rapat dengan masyarakat.

Beliau berkat demikian ketika ditemui Harakahdaily selepas majlis perasmian Mesyuarat Agung Dewan Muslimat PAS Kawasan Pasir Puteh ke-42 di Ma'ahad Saniah di sini hari ini.

Ini, ujarnya sekaligus dapat berdakwah kepada golongan muda dan mereka yang berminat dengan PAS tetapi malu untuk bersama.
 
"Kita mahu dalam berdakwah tenaga muslimat jangan mengira fahaman politik, malah terus menjalinkan hubungan serta memberi keterangan yang jelas tentang hala tuju parti kita.
 
"Dalam usaha ini juga kita kena sabar untuk memenangi hati kerana dalam PAS bukan setakat kita memegang jawatan malah kita wajib berusaha supaya sokongan mereka juga tidak berbelah bagi walau dalam apa juga sekalipun," katanya. - HARAKAHDAILY 4/4/2015

Share on Myspace