Kongres bincang intergrasi profesional dan ulama

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Gabungan NGO Profesional Muslim akan mengadakan suatu Kongres Profesional Muslim SeMalaysia yang dijangka berlangsung pada 18 April 2015 bertempat di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Ampang, Selangor.

“Persiapan ke arah Kongres, yang pertama kali akan di adakan di Malaysia ini berjalan lancar. Pihak Gabungan NGO Profesional Muslim, berasa amat teruja dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh Sekretariat untuk mempastikan semua persiapan berjalan seperti yang dirancang,” demikian kenyataan Timbalan Pengarah, Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia, Mazli Noor.

Menurutnya, semua persiapan yang sedang rancak berjalan ini adalah untuk mempastikan semua objektif Kongres akan tercapai dengan jayanya. Pihak penganjur amat yakin bahawa barisan panelis-panelis yang telah di jemput untuk mengemukakan pandangan dan pengalaman mereka adalah terdiri daripada mereka yang pakar dalam bidang masing-masing.

“Antara panelis termasuklah Prof. Dr. Badlihisham Mohd. Nasir dari Universiti Teknologi Malaysia, Prof. Dr. Mohd. Khazani Abdullah dari Significant Technologies Sdn. Bhd. dan YM Raja Dato’ Idris Raja Kamaruddin, yang merupakan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Perangsang Selangor Berhad. Para panelis akan memberikan paradigma baru dan menyelongkar konsep profesionalisma sebagai penyelesaian utama kepada semua permasalahan manusia dan dunia. Ini dilakukan dengan melihat model Rasulullah SAW dan para sahabat dari perspektif hubungan yang berintegrasi antara ulamak dan profesional.

“Manakala pada sesi kedua pula suatu bedah siasat akan di utarakan untuk lebih memahami dan melihat dengan dekat bagaimana PAS mengurus, menyusun dan memobilisasi golongan profesional yang berintegrasi bersama kepimpinan ulama’ ke arah melahirkan suatu gerakan Islam yang holistik. Ini akan dibentang dengan mendalam oleh Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selaku Setiausaha Politik, Presiden PAS, Dr. Wan Nik Wan Yusof dari Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan dan penganalisis politik Dr. Mohd Fadli Ghani.

“Untuk lebih mendapatkan pencernaan akademik dan praktis, Kongres juga mempunyai sesi ulasan kertas kerja yang akan dilakukan oleh pengulas-pengulas gabungan daripada para akademik dan pengamal politik. Mereka adalah YB Zaidy Abdul Talib, Dr. Suhaini Kadiman, YB Dato' Dr Mohd Fadzli Hassan, Tuan Haji Muhammad Burok dan Prof. Dr. Anuar Ahmad,” kata Mazli lagi.

Angtara objektif utama kongres ini ialah.
1. Menzahirkan keyakinan golongan profesional bahawa Islam adalah jalan penyelesaian kepada permasalahan negara dan dunia hari ini.
2. Menjelaskan komitmen golongan profesional kepada PAS sebagai peneraju perjuangan menegakkan sistem hidup Islam secara holistik di Malaysia.
3. Menegaskan dokongan golongan profesional terhadap kepimpinan ulamak dalam membawa negara menuju sebuah cara hidup Islam yang adil, makmur dan progresif.
4. Menyeru golongan profesional bergandingan dengan ulamak agar bertindak secara kritis di atas asas ilmu dan profesionalisma dalam mengambil Islam sebagai jalan penyelesaian masyarakat seterusnya memberi input secara efektif dan bertanggungjawab.

Justeru itu, penganjur menjemput dan mengalu-alukan para profesional muslim untuk sama-sama datang menyertai dan menjayakan Kongres ini. – HARAKAHDAILY 4/4/2015

Share on Myspace