Jamaluddin Jarjis antara penumpang helikopter terhempas

BERNAMA | .

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri Datuk Azlin Alias antara penumpang helikopter yang terhempas di Semenyih petang ini.


Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata berdasarkan maklumat awal daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA), nama mereka terdapat dalam senarai penumpang helikopter berkenaan.

"Berdasarkan maklumat awal yang saya dapat daripada DCA, senarai penumpang helikopter ini memang ada nama mereka berdua. Tetapi, kita kena semak lagi selepas bdah siasat (mangsa) dilakukan," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang.

Saksi melihat sebuah helikopter meletup di udara sebelum terhempas dan meletup sekali lagi di kawasan kebun getah. - Bernama

Share on Myspace