Helikopter terhempas: PAS Pahang rakam takziah

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS Pahang melahirkan dukacita dan terkejut dengan tragedi yang menimpa Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta beberapa tokoh penting yang lain di Kajang hari ini.


Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tragedi malang itu menuntut suatu siasatan terperinci bagi mencari punca nahas tersebut.

Sehubungan itu, katanya PAS merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mangsa-mangsa lain.

"Semoga mereka dicucuri rahmat oleh Allah," ujarnya dalam kenyataan ringkas.

Menurut laporan Bernama, Jamaluddin yang juga Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) antara penumpang helikopter yang terhempas di Semenyih petang tadi.

Helikopter itu, yang membawa enam orang termasuk juruterbangnya, terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih dekat sini pada 4.55 petang. - HARAKAHDAILY 4/4/2015

Share on Myspace