Kematian bapa: PAS harap Anwar, keluarga bersabar

HARAKAHDAILY | .

 (Gambar fail)

 

KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga di atas pemergian bapanya.

"Saya mewakili seluruh ahli dan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) ingin merakamkan ucapan takziah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga beliau di atas pemergian bapa beliau Datuk Ibrahim Abd Rahman pada awal pagi ini," ujar beliau menerusi facebook.

PAS, kata beliau mendoakan agar ruh beliau dirahmati dan mendapat keampunan Allah SWT jua.

"Kami berharap agar Datuk Seri Anwar dan ahli keluarga beliau sabar dan tabah dalam menghadapi ketentuan Allah SWT ini," katanya lagi.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memaklumkan bahawa bapa mertuanya itu meninggal pada 1.45 pagi ini menerusi laman Facebook dan Twitter. - HARAKAHDAILY 5/4/2015

Share on Myspace