EKJS: RUU persendirian nombor 24, yakin BN sokong

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar yakin Barisan Nasional (BN) akan memberi sokongan penuh kepada Rang Undang-Undang persendirian (Private Bill) berkaitan dengan isu Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 (EKJS2).

Beliau mengatakan bahawa berkata, jika BN bersangguh menyokong Rang Undang-Undang Pencegahan Keganasan (Pota) 2015 yang menahan orang tanpa bicara pasti menyokong EKJS2 yang dilihat adil kepada semua.

"Saya yakin semua parti komponen di dalam BN sama ada MCA, MIC mahupun parti-parti dari Sabah dan Sarawak akan menyokong rang undang-undang persendirian yang di bawa oleh Presiden PAS.

"Mustahil mereka tidak menyokong kerana Pota yang jelas menekankan rakyat atau tertuduh diberi sokongan, EKJS2 lebih sempurna dan adil tidak diberi sokongan," katanya di lobi parlimen.

Beliau ketika ditanya mengenai peluang EKJS2 dibentangkan pada sesi parlimen kali ini, berkata keutamaan giliran itu bergantung kepada budi bicara Yang Dipertua Speaker Dewan Rakyat.

"Ia bergantung kepada budi bicara speaker, kalau ia ingin percepatkannya ia perlu mendapatkan persetujuan dari menteri untuk diangkat lebih awal.

"Kalau dari nombor 24 itu bergantung kepada kelulusan menteri dan speaker, kita tunggu," katanya lagi.

Rang Undang-undang persendirian yang kemukakan Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang berada pada nombor 24 pada aturan mesyuarat bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. – HARAKAHDAILY 7/4/2015

Share on Myspace