Permatang Pauh: Mengundi 7 Mei, penamaan calon 25 Apr

HARAKAHDAILY | .

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh pada 7 Mei sementara penamaan calon 25 April.

SPR turut menetapkan pengundian awal pada 3 Mei.

Perkara itu dinyatakan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di sini hari ini.

PRK Permatang Pauh diadakan setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui keluarganya pada 16 Mac lalu.

Ekoran itu, Anwar selaku penyandang dan ketua pembangkang hilang kelayakan sebagai wakil rakyat.

Pada PRU13 lalu, beliau yang memperolehi 37,090 undi memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh menewaskan calon BN, Dr Mazlan Ismail yang mendapat 25,369 undi dan calon Bebas, Dr Abdullah Zawawi Samsudin yang mengutip 201 undi. - HARAKAHDAILY 8/4/2015

Share on Myspace