600 pekerja China di Arab Saudi masuk Islam

HARAKAHDAILY | .

Seramai 600 pekerja China di Arab Saudi masuk Islam setelah mereka diperkenalkan tentang Islam dan Muslim yang sebenarnya oleh ulama di Makkah.

Akhbar Saudi, Sabq semalam melaporkan, keputusan para pekerja dan jurutera China untuk masuk Islam itu hasil dakwah para pendakwah dari Pejabat Taneem Dakwah.

Sumber yang dikutip Sabq berkata, para ustaz memperkenalkan Islam dalam satu kursus intensif 12 jam mengenai Islam.

Para pekerja China yang sebelum ini sudah masuk Islam juga ikut serta dalam kursus tersebut sebagai menyokong para ulama yang berdakwah, lapor laman web buletinislam.com.

Sebelum ini, kira-kira 500 pekerja yang berasal dari China juga masuk Islam setelah mereka menyaksikan upacara pengebumian Raja Abdullah Abdullah bin Abdul Aziz. Mereka takjub dengan kesederhanaan acara pengebumian Raja Abdullah.

Para pekerja yang berasal dari China itu bekerja dalam projek 'Holy Rituals Train' yang menghubungkan Makkah dengan Mina, Arafah dan Muzdalifah untuk perkhidmatan jamaah haji.

Share on Myspace