Ibu Sirul jumpa Mahathir di Yayasan Perdana

MUHAMMAD FAIZAL | .

PUTRAJAYA: Ibu Sirul Azhar, Piah Samat serta bapa saudaranya Mustaffa Samat bertemu dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Perdana, di sini hari ini.

Pertemuan diatur oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar. Turut hadir pada pertemuan rahsia itu adalah bekas Naib Ketua Bahagian Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan.

Piah memohon jasa baik Mahathir agar menyelamat anaknya yang disabitkan bersalah membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Piah dalam pertemuan tersebut memaklumkan anaknya hanya mengikut arahan dari pihak atasan dan teraniaya serta menjadi kambing hitam kepada pihak tertentu.

Mahfuz akan mengadakan sidang media berhubung perkara itu di lobi parlimen jam 11.30 pagi esok. - HARAKAHDAILY 8/4/2015

Share on Myspace