RUU Persendirian MP Marang sesi akan datang

MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian atau 'Private Bill' Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengenai RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kanun Jenayah) (Pindaan) 2015 akan dibawa pada sesi parlimen akan datang.

Perkara itu diumumkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim pada persidangan Dewan Rakyat, pagi ini.

Sesi parlimen yang akan berakhir pada hari ini hanya akan membentangkan RUU dari Menteri Dalam Negeri membabitkan RUU Hasutan (Pindaan) 2015 serta usul yang dibawa Menteri Kewangan.

Presiden PAS sebelum ini mengemukakan RUU Persendirian setelah Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan meluluskan pindaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) 2 1993 pada 19 Mac lalu. - HARAKAHDAILY 9/4/2015

Share on Myspace