Presiden: PAS Hulu T’ganu calonkan TG Abdul Hadi

BERNAMA | .

HULU TERENGGANU: PAS Kawasan Hulu Terengganu yang mengadakan Mesyuarat Agung hari ini telah sebulat suara mencalonkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk terus kekal sebagai Presiden manakala Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden.
    
Keputusan pencalonan sempena muktamar tahunan parti yang dijangka berlangsung Jun depan itu dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 PAS kawasan itu yang diadakan di Kubang Lembek dekat Manir di sini hari ini.
    
Sementara itu, tiga calon Naib Presiden Pas yang dipersetujui pula ialah Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nik Amar Nik Abdullah serta dua Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat iaitu Nasrudin Hasan Al-Tantawi dan Idris Ahmad.
    
Setakat ini hanya PAS Kawasan Besut dan Hulu Terengganu sahaja sudah selesai mengadakan mesyuarat manakala enam kawasan lain iaitu Setiu, Kuala Nerus, Marang, Dungun, Kemaman dan Kuala Terengganu akan bermesyuarat sebelum 25 April ini.
    
Keputusan yang dicapai oleh PAS Kawasan Hulu Terengganu pada hari ini juga adalah calon yang sama dipilih oleh PAS Kawasan Besut pada minggu lepas. - BERNAMA

Share on Myspace