Pota: Kenyataan palsu dan bercanggah oleh Malaysiakini

HARAKAHDAILY | .

Pejabat Presiden PAS ingin menyatakan bahawa berita yang disebarkan oleh portal MalaysiaKini adalah TIDAK BENAR DAN BERCANGGAH dengan kenyataan sebenar Tuan Guru Presiden PAS. Tajuk berita MalaysiaKini “PAS Sokong Usaha Kerajaan Cegah Keganasan Melalui POTA” adalah jauh sekali daripada intipati ucapan sebenar Tuan Guru Presiden PAS.

Dalam sidang media yang menjadi sumber berita tersebut, Presiden PAS menyatakan bersetuju menentang keganasan kerana pada  dasarnya itulah yang disebut dalam Islam. Manakala membawa masuk keganasan ke dalam negara adalah dilarang oleh ISLAM.

Dasar untuk menghalang keganasan adalah bertujuan untuk  mengelakkan fenomena Islamfobia terus dijaja dalam dunia ISLAM. Walaupun begitu, PAS tidak bersetuju dengan Kerajaan dalam sudut teknikal undang undang yang telah dibahaskan panjang lebar sebelum ini.

Dengan penjelasan ini, Pejabat Presiden PAS berharap, berita palsu dan salah laporan ini tidak lagi mengelirukan penyokong dan pendukung PAS seluruh negara. Rakaman sebenar sidang media Presiden PAS boleh dilihat dan telah disebarkan ke dalam media maya untuk pengesahan sendiri yang lebih lanjut.
 
Dr Ahmad Samsuri Mokhtar
Setiausaha Politik Presiden PAS

Share on Myspace