GST: Ahmad Maslan berada jauh dari realiti

HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Malaysia bakal menuju ke arah kemelesetan ekonomi berikutan ketidakwarasan dan ketergesaan kerajaan mengenakan sistem Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tanpa mempedulikan kesannya terhadap rakyat.

Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata, ketidakwarasan tersebut dengan jelas dapat dilihat apabila Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan sendiri seolah-olah keliru tentang GST dan kesannya terhadap rakyat apabila mengeluarkan kenyataan yang jauh dari realiti.

Sebagai contoh, ujarnya Ahmad Maslan ketika menjelaskan mengenai GST di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini telah menggesa pelajar untuk memasak sendiri bagi menjimatkan wang jika mereka merasakan harga makanan terlalu mahal.

“Para pelajar kecewa, Ahmad Maslan jelas telah menghina intelek mereka dan dengan pantas menjawab bahawa memasak dilarang di asrama UiTM.

“Sekurang-kurang mereka berjaya mendedahkan seorang pemimpin Umno yang berada jauh dari realiti,” katanya dipetik Roketkini.

Katanya, apa yang lebih penting, pemikiran Ahmad Maslan juga memperlihatkan bagaimana pemimpin kerajaan termasuk dirinya langsung tidak mempunyai pemahaman makroekonomi.

Tambahnya, pengenalan GST berkuatkuasa 1 April lalu sebenarnya lebih banyak memerah duit rakyat terutamanya rakyat miskin.

Share on Myspace