Saya tidak tahu atas akta apa kami dipanggil

MUHAMMAD FAISAL | .

KUALA LUMPUR: Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad sedia beri kerjasama kepada pihak polis berhubung himpunan 28 Mac lalu.

Beliau yang hadir bersama-sama Bendahari Pemuda PAS Malaysia, Fakhrurazi Mokhtar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi apabila dipanggil pihak polis berikutan penglibatannya pada himpunan #Kitalawan.

"Kami tidak tahu apa yang pihak polis mahu, kita terlibat dalam perhimpunan mempertahan hak rakyat.

"Saya juga tidak tahu atas akta apa kami dipanggil, namun kami akan beri kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis," katanya pada sidang media di hadapan IPD Dang Wangi.

Beliau yang turut mempertikaikan tangkapan-tangkapan yang dibuat pihak polis sebelum ini terutamanya melibatkan pihak pembangkang.

"Saya kurang memahami di sebalik tangkapan yang telah dibuat, adakah ia untuk mengalihkan perhatian rakyat.

"Pihak polis sepatutnya beri fokus kepada isu jenayah yang semakin meningkat, himpunan membawa suara rakyat terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan," tambahnya lagi. – HARAKAHDAILY 16/4/2015

Share on Myspace